20Nov

Pengajar Yang Belajar

pengajaryangbelajar

Di dalam Halaqah Guru ketujuh yang ringkas pagi ini, saya kongsikan dengan rakan-rakan guru di #KMSS tentang pentingnya kita membaca tentang bidang masing-masing lebih daripada sekadar aplikasi hariannya.

Seorang jurutera akan lebih menghayati bidangnya jika dia mengetahui tentang falsafah dan sejarah bidangnya, perbahasan ilmuan terdahulu dalam bidang berkenaan, bagaimana terbentuknya teori-teori yang dipakai hari ini… Semua itu menjadikan dirinya lebih berbangga, bersyukur, serta mempunyai kebolehan kreatif dan inovatif bagi menghasilkan buah tangan lebih daripada sekadar KPI majikannya.

Demikianlah juga dengan para guru.

Selain al-Qabisi yang memang mengkhususkan dirinya dalam bicara pendidikan, sangat menarik apabila kita tinjau catatan tokoh-tokoh terdahulu yang terkenal dalam bidang masing-masing, tetapi turut mempunyai idea mereka berkaitan dengan pendidikan. Nama-nama seperti al-Farabi, Ibn Sina, al-Jahiz, al-Ghazali, bukanlah nama yang selalunya kita kaitkan dengan pendidikan, guru dan pedagogi. Tetapi pendapat mereka tentang pendidikan, menunjukkan tiada al-Farabi, tiada Ibn Sina, tiada al-Ghazali dll, tanpa pendidikan yang sepatutnya.

Ke manakah pendidikan kita hari ini?

Share this Story

About hasrizalabduljamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

www.hasrizal.com | all about learning | © Copyright 2018, All Rights Reserved